Jumaat, 29 November 2013

Negeri Lain Harus Ikut Jejak Johor


Sebagai sebuah negara Islam seharusnya kerajaan melaksanakan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Tamingsari amat berbangga dengan tindakan berani kerajaan dan kesultanan Johor untuk mengubah cuti hujung minggu mereka pada hari Jumaat dan Sabtu. 

Seperti yang sudah dilakukan di Terengganu, Kelantan dan Kedah, pada hari Jumaat mereka bercuti manakala pada hari Khamis mereka mengubah jadual waktu kerja bagi penjawat awam negeri itu dari asalnya ada rehat dari 12.15pm hingga 2.30pm kepada mereka boleh pulang awal pada pukul 3.30 petang. Ini memberi ruang kepada mereka menikmati hujung minggu yang lebih berkualiti. 

Berbanding dengan negeri-negeri lain, pada hari Jumaat, rehat yang panjang hanya untuk memberi ruang kepada penjawat awam lelaki bersolat Jumaat. Namun begitu wujud ruang-ruang ketidakefisyenan dicelahan waktu itu malah ada diantara penjawat awam yang memonteng kerja selepas solat Jumaat.

Dengan perbezaan dua kaedah cuti ini menyukarkan mana-mana pihak berurusan apabila tiba hari Jumaat dan Ahad kerana cuti yang berbeza. Ini akan menyebabkan sesuatu urusan itu terganggu dan terbantut.

Tamingsari harap ada kajian dari mana-mana pihak membandingkan keberkesanan diantara dua kaedah cuti ini agar kerajaan mampu berfungsi dengan lebih efisyen. 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

"Azmin Sarkas" - Fekah Husin, SU Politik MB Selangor


Perempuan ni tak tahu datang dari ceruk mana. Selepas PKR berjaya memerintah Selangor terus nama dia muncul. Macam-macam kontroversi timbul. 

Hari ini selepas semalam Azmin Ali meminta gaji bos Fekah dan semua pembesar negeri Selangor dikaji semula dia telah memberi respon tak profesional dari laman tweeternya. Sikitpun tidak Tamingsari nak bela pelakon aksi ice cream tetapi sengaja mahu menunjukkan bahawa tiada unsur hormat menghormati di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

Nilai lah sendiri rakyat sekalian ... di dalam kerajaan Pakatan Rakyat ... rakyat hanya kambing hitam untuk kekalkan kuasa mereka. 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Penduduk Kg Mutiara Bakal Menerima Nasib Dihalau


BATU FERRINGHI - Kira-kira 90 keluarga di Kampung Mutiara, di sini, berada dalam dilema kerana diarah keluar sebelum 5 Disember 2013. Ia berikutan tanah yang diduduki sejak 1970 itu akan dijual tidak lama lagi. Penduduk, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu. Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah dalam masa terdekat sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mereka. 

“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang saya duduk sekarang akan diambil orang lain. “Kalau boleh, kami mahu tinggal di kampung kami sendiri, tak mahu kampung orang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Sementara itu bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, sebaiknya dia mahu pemaju menyediakan rumah ganti di kawasan sama. 

Menurutnya, di sekeliling Batu Ferringhi telah dibina dengan rumah yang bernilai hampir RM1.5 juta dan sudah tentunya tidak mampu dibeli penduduk. Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak kisah apa saja jenis rumah yang akan digantikan sama ada rumah kampung atau pangsa. “Kami memang tidak sanggup tinggal di luar kerana semua rumah mahal-mahal, kami sudah berasa seronok di sini dan tidak mahu hidup dalam kesempitan. “Sejak 2007 saya tidak lena tidur memikirkan perkara ini dan sekarang ia seperti menjadi realiti yang pahit untuk kami,” katanya. Sementara itu, bagi keluarga Anjalai Devi, dia sudah selesa duduk dalam komuniti yang majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu itu. 

“Kalau boleh saya mahu kerajaan bantu kami, janganlah pindahkan kami semua kerana saya memang benar-benar susah hati dengan dua lagi anak saya,” katanya. Kampung Batu Ferringhi dibimbangi terancam Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata, hampir 500 rumah terlibat dan mereka kini dalam situasi membimbangkan. Menurutnya, penduduk tidak menolak pembangunan di kawasan berkenaan, namun bimbang sekiranya mereka dipaksa keluar dari kampung yang telah didiami lebih dari 40 tahun itu. “Pihak JKKK sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju, namun apa yang kami mahukan ialah hak yang sewajarnya. 

“Hanya ada dua cara yang wajar untuk menyelesaikan masalah ini iaitu membina rumah ganti rumah kepada penduduk di kawasan yang sama dan pemilik tanah sepatutnya membuat rujukan dengan penduduk terlebih dahulu,” katanya. Beliau yang ditemui pada sidang media di Kampung Mutiara itu memaklumkan Batu Ferringhi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu mempunyai kira-kira empat kampung. Ia termasuk Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Namun hanya Kampung Mutiara menjadi kampung yang pertama terlibat dengan pembangunan sejak sekian lama. Jamaludin berkata, asalnya penduduk kampung berkenaan tinggal di tepi pantai, namun dipindahkan sejak tahun 1973 ke kawasan perkampungan sekarang kerana pembinaan hotel. Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan pihaknya untuk membantu peduduk kampung namun masih menemui jalan buntu. 

Tamingsari : Penangan DAP di Pulau Pinang.

Artikel Asal di Sini

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Khamis, 28 November 2013

Kami Pembayar Cukai , Jadi Kami Berhak BIADAP - Cina


PART A - Cina Johor langgar titah Sultan:

1.DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai telah memberi arahan kepada Sultan Johor bahawa Sultan Johor perlu mengambil kira pandangan rakyat cina Johor di sektor swasta terlebih dahulu kerana katanya ia akan memberi kesan kepada orang cina dalam pelbagai aspek.

2.Menurutnya Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai ini berkata penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi rakyat cina Johor.

3.“Pendirian DAP Johor adalah kami orang cina akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana kita mahu Johor mengikut sistem dan cara cara Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang dan cara Lee Kuan Yew mengendalikan Singapura. Pandangan rakyat cina Johor disektor swasta perlu diambil kira kami juga sudah membayar cukai. Jadi seharusnya pemerintah perlu mengikut suara kami yang tidak pernah lupa dalam pembayaran cukai" -kata Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai.

4.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan mereka tidak bersetuju terhadap titah Sultan Johor kerana mereka sudah membayar cukai tetapi Sultan Johor tidak mendengar kata kata orang cina.

PART B - Cina Selangor langgar titah Sultan:

1.Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya. Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, beliau menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu.

2.Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God. Mereka tidak God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama sama bersatu dalam menentang Sultan Selangor.

3.Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata: "Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu. Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahaja lah" katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah.

4.Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara "

5.Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata: "Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya" 

6.Barisan peguam DAP pula menambah: "Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan ' Allah ', ia adalah satu bentuk ungkapan. Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan"

7.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan Allah didalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan.

Kerana ini adalah hak sesorang apabila sudah membayarnya.

Tamingsari :- Amannya Malaysia ini tidak lama jika kaum ini terus menerus bersikap biadap, sombong, angkuh dan besar kepala.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Rakyat Selangor Harus Bangga

Apa Asasnya?
Memerintah ikut suka hati kepala bapak mereka.

Inilah ketidakadilan regim kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim. Bukan sesiapa mahu mencemburui mereka namun apa asasnya pemimpin negeri di Selangor dinaikkan gajinya sehingga 300%? Walhal jika dibandingkan di peringkat persekutuan gaji PM sendiri masih rendah jika hendak dibandingkan dengan gaji MB Selangor.

Inilah apa yang rakyat Selangor dapat. Menelan air liur selepas digula-gulakan dengan air percuma sehinggakan masih mahu mengekal2 hantu-hantu ini sebagai pembesar negeri. Di dalam suasana ekonomi yang masih tidak menentu disamping rakyat jelata berkira-kira belanjawan peribadi bagi menyerap segala kos sara hidup yang meninggi, pembesar negeri Selangor mengambil kesempatan dari kekayaan negeri. Dengan kenaikan gaji sebesar ini maka perbelanjaan mengurus negeri bakal meningkat lebih dari 300%. Apakah yang akan dikorbankan? Perbelanjaan pembangunan pastinya akan dikurangkan. Masihkan kerajaan BN sibuk mahu membawa rezeki ke negeri Selangor lagi? Masihkah mampu kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyat Selangor lagi?

Apa yang kerajaan Selangor buat bagi membantu rakyat Selangor sendiri bagi mengurangkan kos hidup mereka? Tamingsari tidak nampak apa-apa. Selangor sebuah negeri maju pastinya memiliki kadar inflasi lebih tinggi. Jurang pendapatan rakyat di Selangor juga masih jauh. Jika MB dan pembesar negeri lain dinaikkan gaji maka jurang pendapatan mereka dengan  rakyat Selangor semakin jauh. Inikah keadilan yang PKR, DAP dan PAS maksudkan? 

Tamingsari amat membantah kenaikan ini dan menyifatkan tindakan mereka jelas zalim.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 22 November 2013

80% Umat Islam di Malaysia Tidak Bersolat : Fadhilah Kamsah


“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini. 

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). Advertise Here Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya. Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. 

Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai. 

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

(Video) Isu Pengundi Bangla : "Kami Dah Search .. "MANA ADA" Kami Buat Kenyataan - Anwar Ibrahim

Kaki pembohong paling cemerlang
Malas nak ulas panjang-panjang isu ini tetapi orang yang waras harus sedar dan bijak untuk kenal siapa manusia bernama AlJub ini....

Saksikan video dibawah:




PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

(Video ) Kejadian "Kepala Air" Ini Cukup Menginsafkan Kita Untuk Elak Ke Jeram Di Musim Tengkujuh

Kejadian yang berlaku di India Tahun 2011
Ketika musim cuti sekolah ini pasti ramai ibubapa yang berhajat membawa anak-anak mandi manda di jeram dan air terjun. Tamingsari nasihatkan agar berhati-hatilah jika berhajat begitu kerana "kepala air" akan datang tanpa diundang tambahan ketika ini musim hujan dan tengkujuh.


PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 15 November 2013

Filem Highland Tower : Penonton Pawagam Histeria (Video)






Berhati-hati kepada mereka yang lemah semangat untuk menonton filem seram seperti Highland Tower. Filem ini telah menemui penonton di pawangam pada awal bulan 31 Oktober 2013 baru-baru menampilkan sebuah rakaman amatur dari sekumpulan remaja di tapak runtuhan Highland Tower dan akhirnya dijadikan sebuah produksi filem oleh David Teo. Jadi, kesemua babak, termasuk babak dirasuk, jelmaan hantu dan seram adalah kejadian sebenar.

Highland Towers adalah kawasan yang pernah meninggalkan sejarah hitam buat rakyat Malaysia apabila rumah kediaman ala apartment ini runtuh menyebabkan kematian ramai orang. 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Khamis, 14 November 2013

Buku Kronologi Sebenar 13 Mei Tulisan Tun Razak Wajib Dimilik

Tamingsari ada menyimpan buku tulisan sendiri Tun Abdul Razak bekas pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran) menceritakan kisah benar kronologi berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Buku ini telah dihentikan penerbitannya atas sebab mahu mengelakkan kaum Cina salah faham dan seterusnya akan mengancam semula keselamatan negara

Bagi Tamingsari, setiap golongan masyarakat terutama generasi muda harus sedar dan tahu kisah sebenar dari peristiwa hitam yang amat bersejarah ini. Bukan untuk kita mengembalikan nostalgia tetapi sudah cukup untuk kita sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan jurang yang jauh antara kaum akan menyebabkan rasa curiga yang melampau akan menguasai setiap nadi rakyat Malaysia. Rasa curiga inilah punca pergaduhan yang tidak menguntungkan. Kita kena kenal sejarah agar kita tidak mengulangi kesilapan yang pernah orang terdahulu lakukan.

Jadi atas inisiatif itu, Tamingsari membuka ruang kepada pembaca yang inginkan buku ini, bolehlah komen diruangan bawah dan tinggalkan emel pembaca sekalian. Tamingsari akan emailkan buku tersebut dan sila aktifkan acrobat reader untuk membacanya.
Tandatangan Tun Abdul Razak, Pengerusi Mageran di dalam buku tersebut.

Moga ada yang mendapat manafaat dari buku ini.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Kantoi Semasa "Live" : Tercalar Imej TV Berbayar?


Kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah syarikat TV berbayar

Kelemahan produksi semasa "live"

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Siapa Sedar 10 Muharram Hari Ini ?

Antara fadhilat puasa di 10 Muharram mengikut sabda Nabi Muhammad S.A.W :

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. 

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." 

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura". 

Tamingsari:
Mungkin ramai yang terlupa bahawa hari ini sudah menjangkau 10 Muharram 1435H. Umat Islam kebanyakkannya terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa pada tarikh ini banyak fadhilat dan kelebihan bagi mereka yang berpuasa. 

Moga ada pembaca yang sedar dan sedang melaksanakan ibadah sunat dengan berpuasa, Tamingsari ucapkan selamat berpuasa dan berbuka nanti. Semoga Allah merahmati anda sekalian.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Rabu, 13 November 2013

Mengapa Cina Marah Pada Melayu Dan Tolak BN

Tamingsari mengambil kesempatan untuk bertanya sendiri dengan beberapa orang Cina berkaitan tindakan kaum tersebut rata-rata menolak BN dan UMNO. Mesej ini sangat jelas diluahkan oleh kaum itu pada PRU 13 seolah-olah mereka mahukan sesuatu dari pemerintah sekarang. Walaupun pada asalnya mereka agak kekok untuk meluah rasa namun selepas Tamingsari masuk elemen menyokong tindakan mereka, barulah berbuah mulut mereka berbicara.

Rata-rata respon mereka sama. Dilema kaum Cina untuk terus berada dibawah tampuk pemerintahan Melayu bagaikan sudah bernoktah. Mereka semakin muak dengan cara orang Melayu memerintah sehingga ke hari ini Malaysia yang pemimpin Melayu katakan maju sebenarnya masih jauh. Akibat melayan kerenah Melayu yang banyak rosak dari yang baik, kerajaan yang ada sekarang dilihat semakin tidak releven. 

Apa yang Cina mahukan? Jawapannya mudah. Mereka mahukan sebuah negara maju dimana penduduknya secara maritokrasi membangunkan negara tanpa ada sesiapa pun merasakan diri mereka menjadi tuan. Hakikatnya sekarang, Cina amat benci dengan istilah "Ketuanan Melayu" yang sering dijaja oleh UMNO kerana pada pandangan kasar mereka, istilah itu mengibaratkan bahawa Cina harus berkerja, Melayu hanya menunggu wang dan bantuan dari kerajaan. Ironinya mereka sudah nampak sekarang. Cina dengan empayar perniagaan dan menguasai ekonomi Malaysia sudah pasti menjadi pembayar cukai paling tinggi. Namun apa yang mereka kecewakan, Kerajaan BN membelanjakan wang itu kepada Melayu dengan alasan mahu membela nasib mereka. Sejak dari awal merdeka, Melayu sudah dibantu namun sehingga kini bajet banyak dihabiskan kepada membantu Melayu. 

Cukai yang dibayar oleh rakyat pastinya mahu digunapakai oleh semua rakyat tidak kira kaum. Bagi kaum Cina mereka merasakan diri mereka telah dianiaya oleh UMNO dan BN kerana cukai yang dibayar tidak dipulangkan semua kepada mereka dengan dasar-dasar yang memihak mereka. Bagi mereka, dengan pendapatan kerajaan yang ada sekarang, kerajaan harus memfokuskan kepada pembangunan negara untuk manafaat semua rakyat dan bukannya hanya memfokuskan kepada Melayu dan Bumiputra sahaja. Jika peruntukan kerajaan hanya memfokuskan untuk membangunakan ekonomi Melayu sampai bila pun Malaysia tidak akan maju. 

Bagi kaum Cina, ekonomi Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara yang berada di selatan Johor iaitu Singapura. Banyangkanlah siapa Singapura hendak dibandingkan dengan Malaysia. Singapura adalah sebuah pulau yang tidak punyai apa-apa. Namun kerana usaha gigih kerajaannya serta sikap kerajaan yang tidak memanjakan rakyat, menyebabkan rakyat berkerja keras mahu membangunkan ekonomi keluarga sendiri sekaligus secara tidak langsung, apabila ekonomi isi rumah meningkat, maka ia membantu membangunkan KDNK negara itu. Lihatlah kejayaan Singapura berbanding Malaysia sekarang. Lihatlah nilai matawang mereka jauh dipuncak berbanding Malaysia. Lihatlah bagaimana industri berkembang disana walaupun mereka 100% mengimport bekalan bahan mentah dari luar. Setiap warga rakyat Singapura harus bersaing secara sihat untuk kemajuan diri sendiri. Tiada siapa pun akan membantu termasuk kerajaannya. 

Merujuk kepada graduan Melayu
Apa yang ada di Singapura tidak ada di Malaysia. Melayu amat bergantung dengan kerajaan. Graduan Melayu pula tidak mempu untuk mencerna sesuatu untuk mewujudkan peluang ekonomi sebaliknya bergantung harap kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Kerajaan yang dipimpin Melayu pula terus menerus memanjakan Melayu dengan memberi bantuan itu dan ini. Namun, sehingga tahun 2013, berapa kerat sahaja orang Melayu yang berjaya. Melayu yang berjaya itu adalah Melayu yang berjaya keluar dari kepompong minda sempit yang hanya bergantung harap kepada kerajaan. Rata-rata graduan Melayu meletakan misi untuk masuk ke sektor kerajaan dan paling mudah mereka berebut-rebut mahu masuk ke sektor perguruan. Itu sahaja. Tiada pun difikiran mereka mahu masuk ke bidang usahawan padahal kerajaan yang ada sekarang begitu optimis mahu membantu. Alasan mereka, mereka tidak pandai dan takut kepada kerugian. 

Di dalam sektor kerajaan, bermula dari sekecil-kecil gred sehingga sebesar-besar pangkat diisi oleh Melayu. Kaum lain, ada tapi sedikit. Bukan kerana Kerajaan BN rasis mahu menidakkan peluang kaum lain, namun dek kerana mahu mengelakkan graduan dan bekas pelajar Melayu terus menganggur, mereka "dikutip" dan dibayar gaji. Selepas mendapat kerja, ramai yang lupa diri. Menjadi penjawat awam merasakan diri mereka sebagai tuan. Panggilan 'bos' sudah cukup menaikkan ego mereka. Ada juga dikalangan mereka yang menjadi malas dan sanggup memegang slogan "Kerja pun dapat gaji, Tak Kerja pun dapat gaji, baik bekerja berpada-pada sahaja". Dalam merebut pangkat, Melayu dalam sektor kerajaan sanggup buat apa sahaja. Mereka wujudkan macam-macam polisi bagi menyusahkan mereka sendiri. Dalam hal projek dan pembelian pembekalan, ramai yang mengambil kesempatan dan mendapat untung atas angin. Semua ini menjadikan sektor kerajaan sangat tidak produktif malah merugikan. Jika kerajaan itu sebuah syarikat, sudah lama mereka bankrap dek kerana Melayu yang menguruskan. 

Untuk masuk ke bidang swasta, ramai Melayu sangat tidak berkelayakan. Lemah dari segi komunikasi, kurang pengetahuan, dan paling ketara, gagal dalam penguasaan bahasa Inggeris. Kini dunia semakin berkembang. Ekonomi dunia kini tertumpu ke Asia Timur dimana rata-rata pelabur cenderung untuk melabur ke negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang mana mahukan semua ekonomist tahu bertutur dalam banyak bahasa. Graduan Melayu yang lemah segalanya ini mampukah bersaing dalam ekonomi yang semakin mencabar?

Cina melihat pendidikan dari awal dengan sangat serius. Mereka siang dan malam rata-rata berhempas pulas mencari rezeki. Sejak dari awal merdeka mereka sudah tahu kerajaan BN sekarang tidak akan membantu mereka. Biasiswa atau kuota langsung tidak pernah mereka rasai dan mereka yakin tidak akan merasai sampai bila -bila. Ibu dan ayah Cina mengajar anak mereka berdikari dan kerja kuat. Sejak dari bangku sekolah lagi mereka sudah diddidik untuk kerja keras. Ibu bapa kaum Cina sanggup berhabisan demi untuk memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam ilmu. Cina tidak akan memanjakan anak mereka dengan macam-macam benda yang melalaikan. Cina akan pastikan jadual anak mereka penuh dengan aktiviti ilmu siang dan malam. Mereka akan sentiasa memotivasikan anak mereka dan sedarkan mereka bahawa mereka akan susah kalau malas. Anak Cina menjadikan ibu dan ayah mereka sebagai idola dan ibu bapa Cina akan berkerja keras untuk memastikan pendidikan anak mereka terjamin.

Rata-rata Melayu pula berbeza. Ibubapa orang Melayu tidak serius mendidik anak mereka. Mereka hanya bergantung kepada bantuan kerajaan untuk mendidik anak mereka. Bagi Melayu, sekolah sudah cukup untuk mendidik dan mereka terlepas dalam tangungjawab mendidik anak di rumah. Anak Melayu dibiarkan berpeleseran. Menghabiskan masa petang dan malam keluar tidak tahu kemana. Tanpa ibu dan ayah mereka sedar, anak Melayu terlibat dengan gejala sosial dan jenayah. Apabila kebebasan diberikan semudahnya, anak yang baru kenal dunia pasti akan tersesat. Tanpa bimbingan ibu dan ayah pastikan mereka tercari-cari rentak kehidupan. Akhirnya, anak-anak Melayu menjadi golongan yang tidak produktif. Saksikanlah bagaimana merosotnya pencapaian pendidikan anak Melayu berbanding kaum lain. Tren itu dapat dilihat dengan amat jelas. Bukan tidak ada anak Melayu yang berjaya tetapi boleh dikira.

Peluang ekonomi orang Melayu makin lama makin sempit. Walaupun kerajaan BN sekarang dilihat menutup telinga dari mendengar rungutan kaum Cina, usaha bagi membangunkan ekonomi Melayu dan Bumiputra tetap diteruskan. Masalahnya, sikap orang Melayu yang tidak peka dengan masa depan dan lebih mengharapkan bantuan kerajaan menyukarkan lagi usaha kerajaan. Lihatlah bagaimana Cina begitu tangkas dalam merebut peluang-peluang ekonomi malah mereka juga tidak mahu terlepas untuk memiliki hartanah. Orang Cina sebenarnya sangat bertuah kerana memiliki rakan senegara seperti Melayu kerana dek kerana sikap mereka yang lalai dan tidak oportunis, ramai Cina yang berjaya menukar geran hartanah mereka dari nama Melayu ke nama Cina. Kesannya, kerajaan sendiri hairan, selepas beberapa tahun pelaksanaan DEB, peratus Melayu yang memiliki aset dalam negara begitu sedikit. 

Semuanya berpunca dari sikap dan keperibadian Melayu itu sendiri menyebabkan bangsa Melayu masih layu. Kaum Cina bukan mahu menidakkan hak Melayu tetapi mereka nampak kerana itulah punca Melayu manja dan malas. Keadaan ini akan menyukarkan lagi misi untuk membangunkan negara. Orang Cina mahu Melayu bangun bersama mereka. Bekerja keras bersama mereka. Hidup mewah dan kaya bersama mereka. Bangunkan negara dan nikmati kekayaan bersama mereka. Membayar cukai dan nikmati pembangunan bersama mereka. Itu sahaja mereka mahu. Andaikata Melayu masih mahu tidur dan malas berusaha, kaum Cina harus buat sesuatu. Mesej ini jelas mereka tunjukkan pada PRU 13. Kerajaan BN yang memanjakan Melayu harus ditumbangkan. 

Ibaratkanlah Ali, Ah Chong dan Ravi duduk dalam satu rumah. Rumah itu kepunyaan arwah bapa Ali manakala Ah Chong dan Ravi tumpang secara percuma kerana bapa Ali bela mereka sejak mereka kecil lagi. Ali ini sebagai tuan rumah malas dan lembab. Ah Chong dan Ravi bekerja keras setiap hari. Tetapi Hampir 80% bil utiliti dibayar oleh Ah Chong dan Ravi. Makanan di dalam Peti Ais juga Ah Chong dan Ravi sahaja yang sediakan. Ali ada beli, tapi sedikit. Mereka sudah lama duduk bersama. Bila Ah Chong menasihati Ali, Ali kata Ah Chong kena sedar Ali tuan rumah. Itu sahaja alasan Ali menyebabkan Ah Chong dan Ravi tidak puas hati. Sebagai manusia biasa, pastinya timbul perasaan kurang senang mereka kepada Ali. Kenapa mereka perlu hidup bersama jika Ali malas berusaha untuk bangunkan taraf hidup mereka. Apa yang harus Ah Chong dan Ravi lakukan? Bukankah mereka akan terfikir untuk memindahmilik rumah itu kepada mereka? Jika Ali masih tidak sedar, apakah nasib Ali?

Hakikatnya itulah yang berlaku dalam negara ini. Orang Melayu jangan cepat melatah dengan tindakan protes kaum Cina. Sepatutnya orang Melayu kena sedar bahawa semua ini berpunca dari sikap dan peribadi mereka sendiri. Cubalah berada di dalam kasut mereka, baru kita akan sedar dan tahu.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Isnin, 11 November 2013

Persoalan Hudud ... Ada Sesiapa Nak Jawab?


Ada tak pencinta parti sesat nak komen?

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

PAS Sebenarnya Lebih Zalim

Tulisan Zainulfaqar Yaacob yang disiarkan dalam Malaysian Insider, 6 November 2013 bertajuk “Impian Malaysia solusi perbezaan cita-cita PAS, DAP” tidak menunjukkan kematangan berfikir dan berhujah dengan jelas. Dakwaan dan tuduhan beliau lebih mengutamakan perasaan daripada meneliti secara objektif apa yang telah dan sedang dilakukan oleh UMNO sejak memerintah Malaysia hampir enam dekad (InsyaAllah akan sampai kerana hayat PRU 13 berakhir pada tahun 2018 dalam konteks pilihan raya setiap lima tahun). Ayat kedua terang-terangan adalah prejudis fotojurnalis kelahiran Pulau Pinang itu, kerana rumusannya adalah terlalu tergesa-gesa yang beliau tidak dapat membezakan antara “buta hati” dan “sempit pemikiran”. Set mindanya adalah sama dengan golongan mereka yang boleh diistilahkan sebagai “jumud” dan kalau dilemaskan berkali-kali ke dalam kolam, ditimbulkan semula ia akan tetap mengatakan terkentut adalah sama dengan buang air besar. 

Kenapa saya merumuskan demikian? Jawabnya, kerana Zainulfaqar teramat ketara bencinya kepada UMNO sehingga menyatakan “mahu tetap bersama rakyat Malaysia menumbang kezaliman” semasa PRU 14 nanti. PAS membuat komitmen itu kerana parti itu “mendekati unsur demokrasi yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim pergi ‘hujah lawan hujah’ pemerintah yang zalim.” Saya tidak menemui asas bahawa demokrasi sudah pun muncul ketikan Nabi Ibrahim a.s. tetapi yang boleh difahami daripada asas sejarah ialah tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga situasi: (1) mengaku sakit ketika diajak ke tanah lapang; (2) ketika ditanya sebab menghancurkan berhala; dan (3) mengakui Sarah sebagai saudara kepada raja Mesir.(Muhamad Abdul Wahab, Kisah Hidup 25 Nabi dan Rasul, Puchong, Selangor: Berlian Publications, 2013: 52-54) Apakah tiga situasi ini berlaku dalam PAS? Sejarah PAS membuktikan heboh politik para pemimpinnya jauh sekali daripada memperjuang kebenaran, kerana keriaunya adalah untuk memerangkan minda masyarakat menerusi senjata agama. 

Terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan, termasuk kroniknya tindakan pemimpin PAS dalam mempertahankan Islam apabila rakyat memahami apakah sikap sebenar Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri berhubung kalimah Allah? Sebelumnya hampir bersetuju dengan sekutu dan kemahuan regu politik sehingga mengeluarkan kenyataan bersama. Kemudiannya, kerana merasakan boleh menjejaskan pengaruh, Dewan Ulama bersidang dan membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam, kerana penggunaan bukan Islam tersasar daripada kemurnian maksud ataupun berbeza matlamat. Dalam soal lain, PAS tidak pernah melakukan tindakan bagi penyokongnya melaksanakan perubahan bagi menyelesaikan kemelut kemiskinan yang hampir universal dalam sebahagian besar penyokongnya. Walhal, dari perspektif Islam, pemimpin wajib berusaha dan bertanggungjawab membangunkan atau membina persekitaran menghapuskan kemiskinan, kemiskinan berpanjangan boleh membawa kekufuran. 

Benar PAS telah mencuba, tetapi, setiap apa yang dilaksanakan hanyalah sekadar klise politik bagi menenggelamkan resah hidup rakyat. Digagaskan projek Ladang Rakyat, tetapi kekayaan hanya tertumpu dalam kalangan kapitalis yang dibawa masuk sebagai pihak pengurusan atau dengan bahasa mudah, broker. Dibangunkan projek Lembah Sireh, akhirnya lembangan subur itu tidak menguntungkan rakyat. Bahkan, dalam masa yang sama melontarkan pandangan “tidak tahu kelab malam beroperasi”, tetapi masih mahu menutupi kelemahan dengan berslogankan “membangun bersama Islam.” Paling menyayat hati ialah penipuan terancang mengenai bentuk sebenar perniagaan yang diuruskan oleh Kelantan Gold Trade (KGT). Semasa perasmiannya, didodoikan Kelantan menjadi pelopor dalam sistem pembayaran urusniaga menggunakan emas dan perak. Selepas setahun beroperasi, memberikan hujah bahawa KGT hanya terlibat dalam perniagaan jual beli emas, seperti beberapa syarikat yang “saudagar minyak urut”. 

Mungkin Zainulfaqar cuba mengelirukan masyarakat menggunakan sepotong ayat dari Surah al-Baqarah (ayat 258) yang jelas maksudnya tidak tepat dengan permasalahan sebenar. Apa yang digambarkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya itu ialah kisah perdebatan Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrud yang tamak, monopolistik dan berlaku zalim. Kalaulah benar kerajaan yang dipimpin UMNO berlaku zalim, bermakna sudah lama PAS diharamkan dan setiap kali pilihan raya diadakan, PAS tidak dibenarkan bertanding. Mungkin Zainulfaqar tidak mahu mengakui, disebabkan dasar UMNO yang mempertahankan demokrasilah maka PAS tidak pernah dinafikan kemenanganya, dan mampu memerintah Kelantan untuk tempoh yang teramat panjang, tetapi penuh dengan angan-angan dan syllogism. PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun dalam period pertama sebelum menyertai BN pada tahun 1974, dan kemudian kembali berkuasa setelah UMNO berhadapan dengan krisis akibat perebutan jawatan (1987) setelah diisytiharkan menang tahun 1990 hasil gabungannya dalam Barisan Alternatif, yang kemudiannya dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat ’46. 

Baru-baru ini seorang pemimpin PAS begitu lantang melahirkan kecewanya apabila persoalan Melayu dijadikan platform dan mahu mengekalkan “ketuanan Melayu.” Konsep “ketuanan Melayu” dianggap sebagai sama dengan dasar apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan, maka pemimpin berkenaan “tidak bangga jadi Melayu” walaupun beliau dilahirkan dalam kalangan orang Melayu. Beliau hanya menerima dirinya sebagai Melayu, dan kerana apa, tetapi kerana dilahirkan dari rahim dan zuriat orang Melayu. Konteks yang disebutnya kedengaran lojik, tetapi, sayangnya apabila merasakan kedudukanya sedikit terjejas, berdalih bahawa parti tidak pernah membuang Melayu. Sebagai balasannya, menuduh UMNO “buang Islam”, maka PAS “mengambil Islam.” 

Semua rakyat tahu tahu, UMNO telah memperjuangkan kedudukan Islam sehingga mampu berada di tahap sekarang di Malaysia. Saya tidak mengaitkan mana-mana negara lain, kerana UMNO dan PAS hanya muncul atau wujud di Malaysia, tidak ada di lain-lain negara, kalau ada pun hanya sekadar Kelab UMNO. Jika UMNO terbukti “buang Islam” seperti didakwa oleh pemimpin PAS, maka PAS turut berdosa tidak memperbetulkan proses pembuangan itu. Sebaliknya, PAS yang “ambil Islam” tidak pun membina masjid-masjid untuk membolehkan umat Islam bersembahyang berjemaah. PAS mendakwa, pembinaan masjid tidak penting, kerana ia bukanlah satu kewajiban pemimpin, rakyatlah yang wajar membinanya. Kesilapan yang paling besar, kalau pun tidak boleh dipanggil sindrom “budak pailang”, ialah PAS teramat ghairah menguasai masjid dan menggunakan setiap peluang untuk berkempen, membina jejari untuk mencengkam penduduk setempat agar percayakan bahawa “PAS adalah sebuah parti Islam.” Sejak tahun 1964 hingga sekarang PAS tidak menarik balik fatwa “haram” berinteraksi dengan UMNO, “undi PAS masuk syurga kerana PAS menganjurkan kebaikan”, “taghut”, “kafir” dan sebagainya. 

Apabila rakyat semakin cerdik dan memahami isi kandungan al-Qur’an, Mursyidul Am membuat pengakuan bahawa, Islam bukan PAS, tetapi bukannya, PAS bukan Islam. Apa maknanya penjelasan itu? PAS hanyalah sebuah parti politik, yang tidak boleh menjamin seseorang itu masuk syurga kerana pemimpin mereka sendiri pun tidak termasuk senarai yang dijamin oleh Allah SWT. Siapa yang terpilih ke syurga apabila proses pengadilan di akhirat dijalankan, ia hanyalah hak mutlak Allah SWT, bukannya ditetapkan oleh PAS. Kalaulah benar menyokong PAS dijamin ke syurga, bermakna Nabi Ibrahim a.s. puna tidak akan masuk syurga, kerana baginda tidak menjadi ahli PAS. Jawabnya, Nabi Ibrahim a.s. adalah utusan Allah SWT untuk memimpin manusia, baginda tidak pernah mendakwa dirinya akan diterima secara automatik sebagai penghuni syurga, selagi Allah SWT tidak membuka pintunya kepada setiap orang yang berhati mulia dan beramal soleh. Ketika pemimpin PAS dilanda isu moral, PAS tetap mempertahankan suku-sakatnya, walaupun ada kebenarannya mereka membuat salah dan kesalahan tersebut termasuk dalam senarai dosa besar. PAS seboleh-bolehnya mahu menutupinya, dan dalam masa yang sama, tidak melakukan apa-apa selain penafian dan pemesongan hujah. Itulah sebabnya, PAS banyak menyembunyikan debu, kuman di bawah karpet. Bila ada ahlinya mempersoalkan tindakan tersebut, ahli berkenaan dihadapkan ke jawatankuasa, dan akhirnya disingkirkan sebagai ahli. 

Kes Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali menjadi bukti kukuh peraturan PAS yang double standard. Kenapa PAS tidak menghukum Haji Hadi, kerana beliau banyak membuat kesilapan, termasuk pernah berkrisis dengan Mursyidul Am PAS atas isu “kerajaan perpaduan”, ketiduran dalam Dewan Undangan Negeri semasa menjadi Menteri Besar Terenggu, kerana berbohong “menemui berkarung-karung wang” pada malam memasuki Wisma Darul Iman setelah diisytiharkan menang di Terengganu pada tahun 1990. Semangat penyokong PAS kadangkala lupa bahawa setiap perancangan yang dilakukan tidak akan menemui kejayaan seandainya Allah SWT tidak merestuinya. Maknanya, setiap kali mengalami kekalahan PAS tidak pernah boleh menerima kekalahannya secara alami, asyik menyalahkan orang lain, kerana dirinya sahajalah yang betul dan sempurna. 

Pernahkah PAS bersyukur dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya? Belum pernah kedengaran ketawaduknya pemimpin PAS ketika bercakap mengenainya. PAS hanya tahu bersandiwara seolah-olah kemenangan itu adalah kemenangan perjuangan Islam, tetapi akhirnya, rakyat menderita. Jika benar ia adalah kemenangan Islam, PAS wajib berusaha untuk menambahkan kesejahteraan rakyat dan memperbaiki nasib setiap orang, dan bukannya terus berpolitik dari pagi hingga malam, dari serambi masjid hinggalah ke kedai kopi, stesen teksi mahupun di majlis pengkebumian. Bagaimana PAS boleh menerima kenyataan pemimpin DAP yang menyelar sikap PAS, termasuk ancaman Karpal Singh tetap mahukan langkahi mayatnya kalau mahu mendaulatkan syariat Islam. Akhir-akhir ini PAS kembali membawa maksud, mahukan peraturan hudud dilaksanakan kerana mula mendapat semangat kembali daripada keputusan Brunei melaksanakan hudud. PAS sebenarnya jaguh bersandiwara. Bila hudud tidak dapat dilaksanakan atas kekurangan fasiliti dan personel, mendakwa ia adalah sabotaj UMNO dan tidak menyalahkan Karpal Singh yang terang-terangan menolaknya. 

Kini, ketika Karpal Singh bersuara agar parti-parti yang diasaskan atas landasan etnik dan semata-mata agama diharamkan, pemimpin PAS tidak berani bersuara. PAS sebenarnya terlalu merasakan terhutang budi dengan DAP, dan sebelum PRU 13, kedengaran memohon peruntukan untuk membiayai perbelanjaan pilihan raya. Bukankah ini merupakan sesuatu yang tidak selaras dengan apa yang dikatakan dan apa yang didendangkan? Maknanya, kezaliman itu sebenarnya berlaku dalam PAS, dan bukannya kerana dasar dan politik UMNO. 

PAS telah menzalimi penyokongnya sendiri, kerana tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dan asyik menadah tangan menagih bantuan, menipu atas nama agama untuk menghidupkan kempen. Itulah sebenarnya konteks dan makna zalim yang patut dirungkaikan sejelas-jelasnya oleh pemimpin PAS sebelum menuding jari kepada orang lain. 


PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Beberapa Gambar Sekitar Lokasi Bunuh Ustaz



Moga roh ustaz ditempat bersama mereka yang syahid.










PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Dendam Penjenayah Tembak Ustaz : Gerakan Syiah, Ajaran Sesat atau Pemilik Kelab Malam

Isteri Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Raflie Abdul Malik, 49, Rosmawani Abdul Wahab, 41, menitiskan air mata ketika memeluk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah (kiri) selepas suaminya mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumah di Taman Indera Mahkota Dua dekat Kuantan, hari ini.

“Abang gantunglah langsir,” itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12. Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah. 

“Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut. “Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, ‘tak nak masuk rumah dulu ke,’ sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, ‘Abah kena tembak, Allahuakbar!” katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya hari ini. 

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih. Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa. “Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada,” kata suri rumah itu. 

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini. Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang tadi. 

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Tamingsari :
"Moga kematian Ustaz Raflli tergolong dalam mati syahid. Arwah ditembak dengan jarak dekat oleh suspek yang datang ke rumah beliau di Indera Mahkota, Kuantan dengan memberi salam. Arwah sebelum ini sedang mengendalikan siasatan 3 kes jenayah syariah besar iaitu berkaitan Ajaran Sesat Tuhan Harun, Gerakan Syiah dan Operasi Kelab Malam.. Kes tembak ini menyamai kes bunuh TKP Kastam yang mana wujud dendam penjenayah kepada penjawat awam yang menguatkuasa undang-undang. Apa jaminan kerajaan dalam menjaga keselamatan penjawat awam yang melaksanakan kuatkuasa?

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif