Rabu, 8 Februari 2017

Wartawan Sinar Harian Ong Boon Teck Lapor Kewangan Proton Nyawa-Nyawa Ikan

Ong Boon Teck , Wartawan Sinar. Kritikannya kali ini amat pedas
1. Proton Holdings Bhd (Proton) telah lama mencari rakan kongsi dari syarikat negara asing bagi meneruskan perniagaan ketika kedudukan kewangannya mencatatkan kerugian setiap tahun. 

2. Berita Proton untuk mencari rakan niaga sebenarnya bukan rahsia lagi kepada sesiapa yang sentiasa mengikut perkemba-ngan urus niaganya. 

3. Namun sehingga hari ini, masih belum ada perjanjian hitam putih dimeterai antara syarikat pengeluar kereta nasional kita ini dengan mana-mana syarikat.


4.  Bagaimanapun, laporan terbaru daripada kebanyakan portal berita dari China menyebut, syarikat pengeluar kereta terbesar dari negara mereka, iaitu Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) difahamkan berpeluang cerah untuk memiliki Proton, selain beberapa syarikat asing turut mengadakan perbincangan kerjasama sebelum ini, antaranya Renault, PSA dan Suzuki. 

5. Media sosial China ini yang memetik sumber dalaman Proton memberitahu, Proton hanya akan mengumumkan secara rasmi nama syarikat rakan kongsi terbarunya pada April depan. 

6. Namun, difahamkan Geely telah menjadi pilihan Proton, sekali gus menyaksikan kereta nasional kita bakal diambil alih syarikat dari negara komunis itu. Spekulasi pembelian Geely ke atas Proton turut diyakinkan pelabur China apabila harga saham Geely di bursa saham China naik sembilan peratus ketika dibuka pada hari pertama selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina, minggu lalu. 

7.  Geely adalah sebuah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang. Pada 2009, Geely membuat kejutan dengan membeli Volvo dari Ford Motors pada harga USD1.3 bilion (RM5.7 bilion). 

8.  Kereta Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo. Pada tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah sejuta unit. 

9.  Sekiranya Geely berjaya membeli 51 peratus pega-ngan saham Proton dan mengambil alih kilang pemasangan di Tanjung Malim, Perak, tidak mustahil usaha sama ini turut membuahkan hasil seperti mana kejayaan bersama dengan Volvo. 

10. Kemasukan Geely ke dalam industri pembuatan kereta negara kita juga dipercayai mempunyai perancangannya tersendiri. Ini kerana, syarikat ini bakal menjadikan Malaysia sebagai pusat utama pembuatan dan penjualan kereta keluarannya di rantau Asia Tenggara. 

11. Dengan memiliki Proton, Geely akan memindahkan lokasi operasi pengeluarannya dari Zhejiang ke Tanjung Malim sebelum memasarkan ke Asia Tenggara. Sebagai 'balasan', Geely akan membantu Malaysia mengeksport jenama kereta Proton untuk dijual di China. 
"Mungkin inilah satu-satunya jalan yang terpaksa dipilih oleh Proton ketika sudah menjadi 'nyawa-nyawa ikan' ketika ini! Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan wakil Geely akan berunding dengan Proton di Malaysia Ogos tahun ini. "
12. Namun, pihak Geely dan Proton tidak memberikan sebarang maklumat rasmi mengenainya. 
"Kedudukan kewangan Proton dilihat semakin tenat apabila pada April tahun lalu, kerajaan mengumumkan kelulusan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat GLC ini. Antara syaratnya ialah Proton harus mendapatkan rakan kongsi terkemuka yang akan membantu dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa"
13. Selain laporan berita dari China, media-media tempatan di negara kita turut tidak ketinggalan melaporkan bahawa Geely mempunyai kelebihan memiliki Proton, berbanding dengan syarikat-syarikat lain. "Sebagai bukti, bagi membuat persediaan bekerjasama dengan rakan kongsi baharu, Proton melakukan rombakan jawatan ke atas pegawai pengurusan tertinggi apabila Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Abdul Rashid Musa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd awal bulan ini," lapor sebuah akhbar Inggeris tempatan, baru-baru ini. 
"Proton dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta. Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah."
14. Ketika berita Proton bakal dibeli oleh syarikat pengeluar kereta China tersebar secara meluas, kerajaan masih belum bersedia memberikan jawapan secara jelas. 

15.  Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani kelmarin mengakui, pada masa ini terdapat tiga hingga empat syarikat dari negara asing telah menyatakan minat mereka untuk menjadi rakan kongsi Proton, namun Kementerian Kewangan masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya. 

16. Kata Johari, sekiranya Proton mempunyai ranca-ngan mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara, ia perlu mencari rakan pelabur asing yang sesuai. 

17.  Bagi rakyat Malaysia, ia tidaklah begitu mengejutkan Proton menjadi milik China satu hari nanti, memandangkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, 

18.  Dari segi dunia perniagaan, daripada terus menanggung kerugian ratusan juta ringgi setiap tahun, adalah lebih baik dijual kepada orang lain sahaja. 

19.  Tetapi harus diingat yang dijual bukan sahaja syarikat semata-mata, maruah negara pun turut terpalit!


20. Dalam keadaan seperti sekarang di dalam umur Proton yang semakin menjangkau usia dewasa, kehilangan pegangan saham kepada negara asing adalah sesuatu yang sangat merugikan serta memalukan.

21. Bagaimana sehingga tiada formula yang boleh dilakukan Proton sehingga mahu menjual pegangan saham kepada negara asing.

22. Benar apa yang dikatakan oleh wartawan sinar, penjualan saham proton akan menyebabkan proton sebagai syarikat nasional negara yang membawa imej dan maruah negara bakal terpalit terjual.

23. Makin hilang kewarasan kerajaan pemerintah sekarang dan sudah lama hilang patriotismenya akibat tekanan bebanan hutang negara.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 6 Februari 2017

Kenali TS Syed Azman : Dari Kereta Ke Helikopter

1. Dahulu, Tan Sri Syed Azman merupakan seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

2. Beliau telah dianugerahkan pangkat Mejar setelah berkhidmat selama 13 tahun. Dan pada tahun 1993, beliau berhenti, kemudian memulakan perniagaan kereta terpakai bersama isteri. 

3.  Selepas memulakan perniagaan, anak jati Sungai Petani, Kedah ini berulang-alik dari Malaysia ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di sini. 

4. Beliau yang tidak memiliki AP pada ketika itu terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. 

5.  Untuk makluman, AP bermaksud 'Approved Permits' yang membolehkan seseorang untuk menjual beli kenderaan import secara sah. 

6. Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus, akhirnya kerajaan setuju mengurniakan AP kepada beliau. Perniagaan kereta terpakai Tan Sri Syed Azman kemudian mula menjadi sebutan ramai. 

7. Namun begitu, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP secara terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Nak dapatkan franchise AP bukan senang. Seseorang itu perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar. Contohnya, jika anda ingin menjual kereta Mercedes di Malaysia, syarikat tersebut yang berpangkalan di Jerman perlu melantik anda sebagai pengedar yang sah. 

8. Kemudian barulah kerajaan boleh memberikan franchise AP kepada anda. Bagi Tan Sri Syed Azman, nasib menyebelahinya apabila syarikat automotif gergasi Honda dari Jepun meletakkan kepercayaan tinggi terhadap beliau lalu melantiknya sebagai pengedar kereta jenama tersebut di Malaysia. 

9.  Dan selepas Honda, beliau mendapat hak untuk mengedar kereta Chevrolet dan Suzuki pula. 

10. Sebelum ini, beliau pernah berkata, rutin hariannya banyak dihabiskan di atas jalan raya kerana banyak menjalankan urusan perniagaan di merata tempat. Jadi beliau pun bosan. 

11. Kemudian, seorang rakannya mencadangkan untuk beliau membeli sebuah helikopter. Daripada bosan atas jalan raya, lebih baik terbang di udara. 

12.  Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta (RM5.858 juta) untuk digunakan ke sana sini. 

13. Tetapi ada masanya helikopter itu tidak digunakan. Bila tak pakai, beliau sewakan saja kepada sesiapa yang mahu guna. 

14.  Ketika itulah beliau sedar bahawa permintaan helikopter sebenarnya tinggi di Malaysia, satu perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. 

15. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. 

16. Hari ini, beliau memiliki sebuah syarikat penerbangan yang diberi nama 'Weststar Aviation'. Manakala kontrak pertama yang didapatinya pada 2008 itu kini bernilai RM8 bilion!

17. Tan Sri Syed Azman memiliki lebih 40 buah helikopter dan 4 buah jet persendirian. 

18. Selain itu, kontrak bagi membawa pekerja pelantar minyak yang didapatinya pada 2008 kini bernilai RM8 bilion. 

19. Nilai ini telah menjadikan beliau antara lelaki Melayu paling kaya di Malaysia sekarang. 

20.  Lebih menarik, jumlah itu belum lagi termasuk perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan, dan macam-macam lagi yang dimilikinya. 

21. Jadi boleh bayangkan tak betapa kayanya beliau. Tan Sri Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.

22. Ustaz Abdullah Khairi pernah dedahkan di dalam ceramah beliau berkaitan pengalaman ustaz bersama Tan Sri Syed Azman yang disifatkan sangat merendah diri. 

23. Sehingga tahun 2016, Tan Sri Syed Azman adalah antara 6 Billionair Melayu yang sangat membanggakan memiliki kekayaan sebanyak USD 245 juta bersamaan RM 1.08 Billion. Di dalam senarai keseluruhan Billionaire di Malaysia Tan Sri Syed Azman berkedudukan tangga ke 42.   

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Rabu, 25 Januari 2017

Mahatzir Khalid Lupa Khazanah Pendidikan Islam


1. Mungkin kita kurang yakin dengan khazanah pendidikan Islam yang sudah lama dinanti perlaksanaannya dinegara ini secara rasmi.

2. Bagaimana seorang menteri beragama Islam boleh jadikan pendidikan barat sebagai role model dan mahu diadaptasi pula di negara ini.

3. Mengapa kita sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan masih gagal menterjemah dan meletakkan pendidikan Islam di tempat yang sepatutnya.

4. Siapa lagi yang hendak kita tangungjawabkan memartabatkan pendidikan Islam di negara ini selain kerajaan yang memerintah? 

5. Apabila kita lihat inisiatif PAS membina silibus pendidikan awal Islam kanak-kanak di PASTI sebagai pilihan kepada ibu bapa adalah satu tindakan yang baik. 

6. Ramai ibubapa sanggup menghantar anak mereka ke PASTI walau yurannya mahal kerana mahu anak mereka dididik dengan silibus pendidikan Islam yang menyeluruh.

7. Tamingsari berharap, kerajaan pimpinan orang Islam sekarang berfikirlah memartabatkan silibus agama Islam di dalam pendidikan awal dan primary.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 23 Januari 2017

"Najib, dah la kaki klepet duit rakyat, pembohong pulak tu" - Megat Seri Rama

 Artikel kali ini ditulis oleh seorang pembaca yang menamakan dirinya Megat Seri Rama di Blog Jebat Must Die. Perlu diingatkan bahawa artikel ini telah disunting untuk mengeluarkan perkataan-perkataan yang dianggap agak keras untuk bacaan mereka di bawah umur. 

1. Dua hari lepas, hebat betul UMNO canang sana sini ‘cakap-cakap’ Tun M yang kononnya DAP ada mintak jadi Timbalan Perdana Menteri. Kau dengar lah cakap Berita Harian, suratkhabar yang akan mampus tak lama lagi tu. 

2. Dah lah editor Berita Harian tu agaknya lulus tadika aje bila ambil bulat-bulat berita dari portal penjilat Najib secara rawak. Kalau ye pun nak tunjuk pandai, semak lah dulu dari tuan empunya diri dulu. Telefon la dulu pejabat Tun Mahathir untuk mengesahkan sebelum kau publish berita tu. Benda senang macam ni pun bodoh sangat kenapa? 

3.  Editor Berita Harian nama Mahfar Ali dengan bos dia si Jalil Hamid tu dah tersampuk setan ke jadi bengap tiba-tiba tak tahu etika kewartawanan?


4. Padahal Tun Mahathir sebenarnya cuma menjawab pertanyaan pasal betul ke Najib cakap kalau pembangkang menang, DAP akan jadi Perdana Menteri?

5.  Korang semua tengok lah perangai Najib tu nak takutkan orang Melayu guna taktik rasis. Tak malu betul. Muka dah jadi tapai sebab ambil duit 1MDB banyak sangat ada hati nak menipu tak tentu hala pasal orang lain.
6. Tun Mahathir jawab lah macam ni:
 “Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.” 
7. Tapi lepas tu Berita Harian boleh spin pulak tulis kata Tun Mahathir bagitau yang DAP cuma mintak jadi Timbalan aje. Terus berpusu-pusu monyet-monyet Najib, tua muda gemuk kurus, kira semua lah nak maki Tun Mahathir sebab nak bekerjasama dengan parti cina yang gila kuasa!

8. ‘DAP ni celaka betul nak rampas kuasa Melayu!’ Itu cakap mereka. Teruk betul UMNO gila ni. Rasis je memanjang.

9.  Sebenarnya, Tun Mahathir cuma jawab seperti dalam poster di atas. Tapi biasalah kan, Berita Harian. Suratkhabar yang akan mati dalam masa dua tahun ni dan semua wartawan dia akan makan pasir.

10. Memang itu le future mereka tak lama lagi kalau buat perangai bingai macam tu. Yang peliknya, MCA boleh senyap je? Mana pergi Ti Lian Ker bila monyet-monyet Najib melolong tak tentu pasal jaja cerita betapa kuasa Melayu akan hilang kalau ada Timbalan Perdana Menteri bangsa cina?

11. Nak jadikan cerita, sehari selepas tu, keluar pulak cerita MCA yang sebenarnya pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri! Ini berlaku masa hari pertama lagi Najib jadi Perdana Menteri! Pada 3 April 2009, MCA demand macam ni:


12. Tun Mahathir pun apa lagi, pulang buah paku keras pada si lembik nama Najib le. Tun Mahathir kata, dia sudah tersilap. DAP dulu tak pernah pun mintak kerusi Timbalan Perdana Menteri dan mereka pun nafi pernah memintanya.

13. Dan, rupa-rupanya, MCA yang pernah mintak! Terus anjing-anjing gila belaan Najib jadi senyap. Tertelan ludah semuanya.

14. Alamak! Cina geng dia sendiri yang nak rampas kuasa Melayu! Ha ha ha! Bodoh betul siapa yang jadi bos propaganda kem Najib ni.

15.  Ti Lian Ker (budak suruhan Najib kerana nak bodek jadi calon wakil rakyat di Kuantan) dengan pantasnya mengaku yang memang MCA pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tian Lian Ker, AJK Pusat MCA

16. Kata Ti Lian Ker lagi:
MCA hari ini menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MCA pernah memohon jawatan timbalan perdana menteri adalah mainan politik bekas perdana menteri itu dalam mencuba meraihkan sokongan pada pembangkang. 
“Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat. Tun (Dr) Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan MCA melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.”


17. Ewah-ewah Ti… kau punya kengkawan dalam UMNO yang jadi batu api, Tun Mahathir jugak kau salahkan? Kau ni terlampau harap sangat satu hari nanti kau dapat dedak juta-juta dari Najib ke?

18. Buat malu cina Pahang je kau ni. In the first place, Berita Harian yang putar belitkan kata-kata Tun Mahathir.Yang kau percaya cakap Berita Harian siapa suruh Ti?

19 Secondly, MCA mintak jawatan TPM tu satu fakta. Kenapa nak malu dan tergedik-gedik cari alasan nak justify kenapa nak minta? Kau ni ada tulang belakang ke takde?

20.  Thirdly, yang buat jadi taboo adalah cybertrooper Najib sendiri oii! TI LIAN KER, kau faham tak? Ke kau dah jadi bingai? Aku ulangi, yang buat provokasi pasal benda ni ialah rakan-rakan bloggers penjilat Barisan Nasional jugak. Ha ha ha!

21. Patutlah MCA ni pun sama jugak nasib dia macam Berita Harian nanti. Lagi dua tahun, mampus. Berguling-guling jasad mendiang Tun Tan Cheng Loke dalam kubur dia. Dia pun malu tengok perangai Ti Lian Ker menyokong pencuri duit 1MDB membabi buta. Mungkin resume Ti Lian Ker ni setengah muka surat A4 aje kot. Susah cari kerja kat luar tu. Sebab skill corporate business atau cari rezeki secara halal dia tak tahu. Tahu cari makan melalui politik je.

22.  Lepas tu ada pulak sekor haram jadah (ikut cakap Najib maki peneroka Felda dulu) boleh nak menipu orang ramai kata MCA tak pernah mintak pun jawatan Timbalan Perdana Menteri selama dia jadi Perdana Menteri. Siap kata Tun Mahathir berbohong!

23. Ya Tuhanku… apa masalah kaki temberang ni? Takde orang ke bagi nasihat kat dia ni? Atau bagi la berita paling latest untuk dia cakap. Orang ramai semua dah tahu MCA pernah mintak jawatan TPM, dia boleh lagi nak kelentong? Masuk Utusan pulak tu!

24. Najib ni dah lah cuba nak menipu, lepas tu dia mintak pulak MCA nafi pernah mintak jawatan tu kat dia! Ha ha ha! Kita nak tengok lah cara Ti Lian Ker nafikan yang MCA pernah mintak jawatan tu dari Najib! 

25.  Oi Ti Lian Ker! Aku nak tengok kau spin camana lepas ni. Najib suruh kau bend over, kau jawab, ‘how high sir?’. Itu memang confirm. Kenapa lah Malaysia ni disumpah ada Perdana Menteri yang bangang (pinjam kata-kata Najib jugak) macam ni. Dah la kaki klepet duit rakyat, pembohong pulak tu. 

26.  Najib ni bukan sahaja kaki U-Turn, dia ni kaki auta. Senang-senang kutuk orang U-Turn, diri sendiri tak cermin. Apa nak jadi lah dengan kau ni. Kalau di negara-negara lain, pemimpin penipu macam ni, dah lama kena humban masuk jail. 

27. Tapi sebab kat Malaysia ni ada orang bodoh macam Ti Lian Ker, Khairy Jamaluddin, ada orang bodoh jadi doktor, ada anak polis, ada akauntan, ada lawyer, ada kerja bank, semua ni penjilat tegar nombor satu Najib, memang tak lama lagi Malaysia ni jadi sakit. Ni aku nak cakap yang aku dah hilang hormat pada kau. Bukan saja hilang hormat, aku memang dah takkan undi lagi Barisan Nasional atau UMNO selama-lamanya! Kau paham tak ni? Aku tahu kau dah start menipu sejak kantoi duit RM2,600 juta masuk dalam akaun kau. 

28.  Najib dah menipu banyak kali pun kamu semua masih nak sokong biawak hidup ni lagi? Najib tu mana tahu malu lagi dah kat rakyat atau sedara mara dia. Dia kalau jalan berbogel kat jalanraya pun dah takde rasa malu agaknya. Boleh la kita hantar dia terus ke hospital orang gila di Tanjung Rambutan atau Tampoi nanti. Kau orang penjilat-penjilat pun jangan bagi malu keluarga kau orang pulak.

Luahan : Megat Seri Rama

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Ahad, 22 Januari 2017

Benarlah FELDA Hadapi Masalah Kewangan Yang Teruk : A. Kadir Jasin

1. AKHIRNYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa mengaku yang ia mengalami masalah kewangan yang teruk, khususnya berkaitan pengaliran tunai. 

2. Untuk sekian lama pelbagai pihak bertanya dan membuat andaian mengenai kemungkinan agensi pembasmian kemiskinan itu mengalami masalah kewangan akibat urus tadbir yang lemah dan penyelewengan. 

3.  Pada 17 Januari, Bernama melaporkan yang Felda akan menjual secara agresif hartanya di dalam dan luar negara tahun ini bagi menstabilkan pengaliran tunai. 

4. Agensi berita nasional itu memetik Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sebagai berkata harta yang akan dijual termasuklah saham-saham Malayan Banking dan hotel di London. Tidak ramai pelabur, khususnya pelabur institusi seperti Felda, akan menjual saham blue chip yang kukuh dan terjamin seperti saham Malayan Banking melainkan mereka betul-betul terdesak. 

5. Maaf cakaplah kalau saya kata, pengakuan Shahrir itu mendedahkan kehambaran pengurusan dan prestasi Felda sejak ia dikepalai oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mulai 1 Januari 2011. 

6. Mohd Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Nyawa politik beliau dihidupkan semula oleh Mohd Najib setelah digantung keahlian daripada Umno pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah didapati bersalah mengamalkan politik wang. 

7. Selama lima tahun di bawah pengawasan beliau, Felda memperluas dan mempelbagaikan perniagaan Felda walaupun prestasi perniagaan utamanya, iaitu perladangan mengalami masalah kronik akibat kelembapan harga getah dan kelapa sawit. 

8.  Di bawah pimpinan beliau, Felda memasuki bidang hartanah, perhotelan dan pengilangan bijirin di luar negara serta mengkorporatkan aset melalui penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012. 

9. Walaupun kedudukan kewangan Felda tidak kuat dan peneroka mengalami pelbagai masalah pembayaran, pengurusan Felda di bawah Mohd Isa terus mengembangkan perniagaan. Yang terakhir dan penuh kontroversi adalah pembelian ladang Eagle High milik tauke Indonesia, Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh. 

10. Felda membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga saham Eagle High di bursa saham. Seperti yang telah saya catat dalam kolum sebelum ini, Felda nampaknya melakukan perluasan perniagaan lebih berasaskan kepada tuntutan politik daripada perniagaan berhemah. 

11. Misalnya penswastaan aset, termasuk tanah peneroka melalui FGV yang kini mengalami masalah kejatuhan harga saham yang teruk dan kerugian perniagaan. Bernama memetik Shahrir sebagai berkata, penjualan harta itu adalah bagi menstabilkan aliran tunai, membiayai kegiatan serta memulihkan ‘aset bermasalah’ di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). 

12. Kedudukan kewangan Felda nyata teruk apabila mengalami masalah aliran tunai (cash flow). Aliran tunai adalah tunjang kepada perniagaan. Ia adalah perimbangan di antara wang keluar dengan wang masuk. Nampaknya dalam kes Felda, duit keluar lebih banyak daripada duit masuk. 

13. Bukan itu saja. Di bawah Mohd Isa, Felda kerap dituduh membeli aset yang tidak strategik atau bermutu rendah tetapi membayar harga tinggi. Ini menimbulkan dakwaan bahawa pembelian itu tidak telus dan dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan perniagaan atau yang tidak mengutamakan kepentingan peneroka. 

14. Menurut Shahrir, antara aset yang akan dijual ialah 35 juta saham Malayan Banking (Maybank). Felda bercadang menjualnya pada harga RM8.05 sesaham bagi memperoleh RM280 juta. Saya kurang pasti mengapa Shahrir menyebut harga RM8.05 sesaham kerana harga saham Maybank lebih mahal daripada itu. Ia tutup pada kadar RM8.25 pada hari Khamis. 

15. Selalunya apabila kita menjual saham mutu tinggi seperti saham Maybank secara blok kita meminta harga premium iaitu lebih tinggi daripada harga runcit di pasaran. 

16.  Kalau Shahrir ikhlas dan berani melakukan yang terbaik untuk Felda dan para peneroka, saya rasa elok sekiranya beliau melantik juruaudit luar (external auditors) bagi membuat audit forensik ke atas akaun serta kegiatan Felda, khususnya FIC. 

17. Saya akan mengecap Shahrir sebagai hanya cakap kosong kalau tidak bertindak tegas dan di luar kotak. Memecat ahli Lembaga Pengarah FIC dan melantik anggota baharu tidak bermakna kalau masih berlaku ketirisan dan campur tangan politik dalam pengurusan Felda, khususnya menjelang PRU akan datang. 

18. Masalahnya Shahrir sendiri seorang ahli politik dan tidak kurang akrabnya dengan Perdana Menteri.

19. Apa yang didedahkan di atas persis apa yang didedahkan oleh Rafizi Ramli di blognya. Jika kita baca setiap pendedahan Rafizi, jelas ada kaitan dan sangkut paut dengan apa yang diberitahu oleh Shahrir Samad.

Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGV walaupun seorang Pengerusi bukan eksekutif
tetapi menerima elaun RM1.8juta setahun ataupun bersamaan RM150,000 sebulan, lapor The Star

20. Seharusnya Isa Samad yang bayar gaji  jutaan ringgit setahun dari FELDA disiasat oleh SPRM dan berhak satu laporan polis dibuat atas apa yang telah dicabulkan Isa kepada FELDA.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isu BRIM : Mahathir U-Turn Atau Najib Pusing Roundabout?

Fahami Apa yang Ayahanda Tun M... Mengenai Brim... Baca dan dengar betul2. BR1M: Mahathir Yang U-Turn atau Najib Yang Pusing Roundabout? Oleh: Dr Radzi Jidin, Hobart, 15 Januari 2017 

1. Saya tersenyum apabila membaca tajuk berita Sinar Harian, “Najib: Mahathir jaguh buat pusingan U”. (sumber)

2. Menurut Sinar Harian, “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)”. 

3. Sinar Harian memetik Najib berkata, "Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M”. 

4. Apa yang Tun Mahathir sebenarnya sebut di dalam ucapan beliau semasa merasmikan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Sabtu lalu? 

 5. Saya petik ucapan beliau tentang BR1M dibawah:
123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti. 
124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya. 125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi
6. Apa yang ditekankan oleh Tun Mahathir ialah bantuan kepada rakyat yang miskin dan dhaif sekiranya mustahak dan perlu, ianya akan diberikan tetapi bukan sebagai bantuan berbentuk politik dan tidak boleh dimasukkan di dalam manifesto mana-mana parti politik.

7. Ini bagi mengelakkan bantuan tersebut dijadikan seolah-olah sebagai imbuhan sekiranya sesuatu parti menjadi kerajaan.

8. Untuk makluman semua, salah satu perkara yang disebut di dalam manifesto Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu ialah “Menambah BR1M sehingga RM1200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan”.

9. Dalam ucapannya Tun Mahathir menekankan bahawa jika dipersetujui rakyat, bantuan sedemikian akan dijadikan bantuan “statutory”, iaitu bantuan yang ditentukan oleh undang-undang atau akta berkaitan dan diletakkan dibawah kementerian yang bertangungjawab.

10. Menurut beliau, Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya. Sebaliknya sebarang keputusan dan agihan dibuat oleh pegawai kerajaan bukannya Perdana Menteri.

11. Ini bermakna, sekiranya ada perubahan kerajaan pusat dari satu parti ke parti yang lain, bantuan sedemikian akan terus kekal kerana satu bentuk bantuan kerajaan yang wujud berdasarkan undang-undang atau akta berkaitan, bukannya bantuan yang disebut dalam manifesto pilihanraya mana-mana parti politik. 

12. Apa yang disebut oleh Dr Mahathir dalam ucapannya itu adalah konsisten dengan apa yang disebut beliau sebelum ini bahawa BR1M tidak seharusnya menjadi bantuan politik yang seolah-olah digunakan untuk membeli undi kerana ianya dimasukkan di dalam manifesto parti.

13. Jadi, siapa yang u-turn dan siapa yang pusing roundabout? Notakaki: Untuk yang tidak biasa dengan konsep bantuan “statutory” dalam konteks “social safety net”, boleh rujuak konsep sebegini di negara lain. Contohnya, konsep bantuan Family Tax Benefit di Australia. Ianya tidak dimasukkan ke dalam manifesto mana-mana parti dan kekal diberikan kepada yang betul-betul memerlukan tanpa mengambilkira parti mana yang memerintah.

14. Jumlah yang diberikan adalah berdasarkan pelbagai pemboleh ubah dan berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Jumlah ini ditentukkan oleh pegawai kerajaan berdasarkan kelayakan individu.

15. Hakikat yang rakyat perlu sedar adalah pemberian BRIM yang tidak menyeluruh itu sebenarnya adalah sebahagian kecil yang dipulangkan kepada rakyat daripada hasil kekayaan negara walhal apa yang dikutip DARI rakyat lebih daripada itu termasuk dari GST dan pemotongan subsidi.

16. Kegagalan urustadbir Najib Razak sangat membimbangkan rakyat kepada masa depan mereka mendatang.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Forest City : Najib Nak Tipu Siapa?



1. Di dalam ucapan Najib Razak berkaitan Forest City dia telah menegaskan pemilikan tanah di situ adalah secara Leasehold iaitu pajakan selama 99 tahun. rujuk video di atas.


2. Namun hakikatnya di dalam website Forest City (sumber) tertera jelas yang pemilikan tanah di Forest City adalah secara freehold yang bermaksud hartanah freehold ataupun hartanah pemegang bebas merupakan satu bentuk perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pihak pembeli. Sekiranya pihak pembeli membeli hartanah tersebut, maka segala bentuk fasiliti sama ada rumah mahupun tanah yang didiaminya menjadi hak milik pembeli secara seumur hidup.(sumber)

4. Jadi ada benarnya kerisauan yang diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkaitan ancaman kepada kedaulatan negara akibat dari kewujudan projek Forest City.

5. Najib Razak terkenal sebagai seorang PM yang korup dan tidak fokus kepada sesuatu isu 

6. Seperti yang terjadi kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pernah diluluskan di meyuarat kabinet namun telah ditarik balik perlaksanaanya kerana dasar baru itu telah ditentang oleh kumpulan sokongan penjawat awam. Ketika itu, barulah Najib Razak mahu meneliti skim itu dan terpaksa mengumumkan penangguhannya kerana tersedar ia hanya menguntungkan pihak JUSA dan tertinggi dalam skim penjawat awam.

7. Jadi Tamingsari tidak terkejut jika Najib Razak sekali lagi gagal meneliti perlaksanaan Forest City ini secara menyeluruh dan akhirnya dia sendiri salah mengumumkan status pemilikan hartanah projek ini. 

8. Jika Najib Razak benar-benar tahu, siapakah sebenarnya yang mahu ditipunya?

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Khamis, 19 Januari 2017

Penipuan Scammer Baru Serang Peniaga Online : Sila Berhati-hati

1. Hati-hati kepada peniaga online kerana ada satu scam pencuri duit secara terancang sedang rancak menjalankan operasinya. Modus operandinya adalah seperti dibawah :
         
         a. No whatapp tidak dikenali tetapi mengaku kenalan rapat yang tukar nombor. 
         b. Letak gambar profil whatappnya gambar kenalan rapat mangsa yang didapati dari Facebook 
         c. Scammer akan stalk FB mangsa terlebih dahulu untuk cari siapa kenalan mangsa.
         d. Order barang dan buat bayaran online tetapi bukan bank yang sama. Tapi Interbank. 
         c. Bank yang selalu digunakan adalah BSN tranfer ke akaun peniaga online (mangsa)
         e. Bank yang popular bagi peniaga online adalah MBB dan Cimb
         f. Scammer akan copy sms bank dan forward pada mangsa sedangkan sms itu telah diubah.
         g. Kononnya transaksi pemindahan telah berlaku sedangkan ia hanya penipu.
         h. Mangsa percaya pada bukti sms tersebut yakin pd pembeli (scammer)
         i.  Pembeli yang mengaku kenalan mula buat drama
         j. Sebab dia guna identiti kenalan sebab faktor kepercayaan.
         k. Dia akan kata, dia buat belian produk lain dengan seller lain (tidak wujud)
         l. Dia beri alasan dia takde akaun bank yang sama dengan seller itu untuk direct bank transfer. 
         m. Dia akan kata seller akan close sale dan nak direct bank transfer. 
         n. Mangsa yang percaya akan terus tolong transfer kan dulu nilai yang dia minta.
         o. Scammer sekali lagi bagitahu dia dan buah bank transfer ke akaun mangsa nilai yang sama.
         p. Dia akan beri lagi sms yang sama dari BSN.
         q. Mangsa akan percaya yang scammer telah membayar hutangnya.
         r. Walhal. semuanya adalah penipuan.
  
2. Ikutilah dua kes yang telah berlaku dan terjadi kepada dua peniaga online ini.

3. Kes Pertama. Sumber 
"Kes tahun 2017.. Kes malam tadi 3.1.2017 berlaku sangat pantas.. Dapat whatsapp dari no yang x dikenali dan mengaku dia sebagai maksu (letak gambar profile maksu) yang nak beli produk kecantikan sebanyak 25 botol iaitu berjumlah rm1725. sementara itu dia meminta tolong untuk memindahkan sejumlah wang rm450 kepada seseorang iaitu Au Cheng Yung (akaun maybank) kerana telah memesan barang dan dikehendaki memindahkan wang sebelum pukul 8. dia enggan memindahkan sendiri dengan alasan tiada akaun maybank hanya ada akaun BSN dan transaksi pindahan agak lambat kerana berlainan akaun. Selepas itu, dia memberi bukti pembayaran yang dia telah memindahkan wang sebanyak RM2145 (Rm1725+Rm450) ke akaun saya dengan bukti pesanan mesej sahaja tanpa memberi penyata pindahan wang & wang tersebut akan masuk pada pukul 11. Saya pun tanpa berfikir panjang terus memindahkan wang kepada akaun orang berkenaan sebanyak Rm450 dan memberi bukti pindahan. Selang berapa minit sahaja dia meminta tolong lagi sekali untuk memindahan wang sebanyak Rm300 kepada akaun yang sama dengan alasan dia menambah barang yang dibeli & memberi bukti yang sama berupa mesej yang dia telah memindahkan wang sejumlah Rm300 ke akaun saya dan saya pun terus pindahkan wang tersebut lagi sekali. Selepas itu baru saya terfikir untuk bercakap sendiri dengan maksu saya tentang produk yang dia ingin beli kerana ia lebih mudah bercakap daripada mesej dan no tersebut gagal dihubungi dan saya mencari no maksu saya yang lama dan no tersebut diangkat oleh maksu sebenar saya dan dia terkejut dengan cerita yang saya sampaikan. Disitu saya sedar yang saya telah ditipu.. jumlah kerugian sebanyak Rm750. Pesanan dari saya jangan cepat terpedaya (seperti saya) sekiranya ada seseorang/pelanggan yang mengaku sebagai sedara atau kawan yang ingin membeli produk anda dengan jumlah yang banyak. Kerana penipu ini selalunya akan mencari peniaga on9 yang mudah tertipu."







4. Kes Kedua. Sumber
 Kak zera baru lepas kena tipu dengan scammer duit RM460. Dia sangat liciklah. Benda yang kita tak sangka sangat2 boleh terkena. RAMAI DAH YANG KENA dengan orang yang sama dalam bulan ni. . Dia boleh jadi sedara? Adik beradik? Kawan baik? Atau orang yang korang tak jangka!! . Cara dia adalah menyamar sebagai org yang kita kenal. Pakai Watsapp letak gambar orang yang dia menyamar tu. Dan alasan dah tukar no fon. CARA DIA TIPU AKAK. 1) dia Watsapp akak nak order vitamin pakai nama kawan akak nama yana yang dah tukar fon no. +60 16-301 1077 No ni! 2) dia siap letak gambar Yana dengan family kat profil pic Watsapp. Bila Akk tanya dia cakap dah tukar no. 3) dia siap cakap lagi "tak teringin ke makan sup yana" ( benda ni kitorg pernah sembang kosong kat wall kawan akak nama yana ni) 4) maknanya sebelum dia tipu akak dia stalk perbualan akak dengan kawan akak ni kat wall. 5) So akak pun percayalah tu Yana. Dia Nak order vitamin dah bank in melalui BSN ke Maybank akak dan katanya Sblm 8mlm akan clear duit. Dia bagi bukti SMS tu. 6) dia bank in lebih sebab Nak Mintak tolong akak bank in ke seller lain yang jual tupperware RM460. Nak Mintak transferkan segera Sbb Nak seller tu pos haritu jgk. Nama Acc penipu tu THL CONCEPT DESIGN. ( no Acc ada kat gambar bawah) 7) akak pun Sbb mmg tau kawan akak Yana ni baik je mmg housemate Sblm kawin. N tau dia baik je So takde la beria nak bukti sangat. (Memang bodoh la tapi benda ni mmg tak jangka) 8) lepas Akk dah bank in tu settle la semua. Tak perasan lagi kena tipu. Tiba2 pkl 5 lebih dia Watsapp balik cakap Nak order lagi vitamin dan Nak bank in lagi ke seller tupperware tu Sbb duit tak cukup lagi RM330. 9) dia buat benda yg sama bagi bukti pakai SMS dah bank in ke Maybank akak lebih RM330 10) masa ni baru lah Akk tak sedap hati. Akak baru terfikir betul ke ni Yana. Paksa2 suruh segera bank in ke Acc tupperware tu segera. 11) baru lah akak gi group Watsapp exhousemate Akk tanya no Yana. Diorg cakap mana ada Yana tukar fon no. Huwaaaa masa ni baru aku sedar memang aku kena tipuuuuuu. Celaka betul la penipu2 ni mmg Nak duit mudah. Tak selamat lah hidup. Tipu lah cakap tak sakit hati duit hilang RM460 camtu je tapi Takpe lah mungkin ada sebab akak yang kena. . TAPI akak tak puas hati Kalau orang lain pun kena jugak. Jadi TOLONG LAH VIRAL KAN sebab ramai yang dah kena bulan ni dengan no Acc yang sama. Fon no berbeza. . Sekarang penipu ni tukar gambar profil pic #vitamilk. Jadi hati2 lah korang semua. Dia ada menyamar jadi orang yang kita kenal. Dengan stalk perbualan kita kat wall FB. EXTRA CAREFULL SEMUA. Harini Akk kena esok2 takut orang lain pulak kena. Jadi tolong SHARE sebanyak mungkin supaya awak atau sedara atau kawan2 semua tak kena. Kalau search nama account bank tu bulan ni 3-4 orang dah kena. No fon berbeza tapi Acc no sama! Tak selamat lah hidup kau syaitonnnnnnn!!


Add caption


5. Apa yang penting disini, pastikan FB anda diprivasikan dengan meletakkan hanya rakan sahaja boleh melihat profil anda. Amat bahaya jika pos, gambar dan maklumat dalam fb anda didedahkan pada umum. 

6. Bagi peniaga online, sila buat akaun halaman atau akaun fb lain untuk promote produk anda yang tidak bercampur dengan akaun fb peribadi anda. Ini bagi mengelak stalker scammer mengambil kesempatan dari diri anda dan mempergunakan rakan fb anda untuk menyamar.

7. Sentiasalah berhati-hati.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Wahai Adnan Lain Kali Biar Bijak Sikit



1. Hari ini Adnan Mansor Menteri UMNO menjelaskan cadangan nya untuk menghalang motosikal kapcai masuk Kuala Lumpur hanya satu cadangan sahaja.

2. Katanya, jika rakyat tidak bersetuju, maka cadangan itu tidak akan dilaksanakan.

3. Wahai Adnan, rakyat negara mana yang kau rasa akan bersetuju dengan cadangan paling BODOH ini?

4. Motorsikal adalah kenderaan utama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana di bandar metropolitan itu malah sesiapa sahaja yang tidak mahu tersangkut di dalam kesesakan jalan raya akan mengunakan motorsikal sebagai kenderaan alternatif.

5. Alasan Adnan kononnya motorsikal menyumbang kepada pencemaran udara adalah kenyataan tidak berasas kerana pelepasan Karbon Monoksida paling banyak dilepaskan oleh kereta dan kenderaan berat lain.

6. Dalam ramai-ramai yang komen, komen Wan Junaidi salah seorang Menteri UMNO nampak lebih berotak apabila mencadangkan lori dan kenderaan berat sebenarnya disekat memasuki Kuala Lumpur.

7. Cadangan menghadkan lori masuk ke ibu kota amat perlu kerana kenderaan inilah punca utama kesesakan di bandar terutama di waktu puncak. Walaupun disesetengah kawasan di Kuala Lumpur ada melarang kenderaan berat masuk, namun masih belum mencukupi ditambah pula dengan penguatkuasaan yang lemah.


8. Adnan melihat apabila dia cuba menjernikan keadaan dengan menafikan cadangan itu akan dilaksanakan, maka rakyat akan melabelkan dia sebagai hero seperti selalu dilakukan oleh bosnya Najib Razak. Hakikatnya rakyat semakin meluat dengan kebodohan menteri-menteri UMNO yang suka menyusahkan rakyat dan sering gagal mencari jalan yang boleh membantu rakyat.

9. YAB PM, tolonglah gugurkan menteri-menteri tua yang sudah tidak berkualiti seperti Adnan Mansor ini. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Selasa, 17 Januari 2017

ADUN UMNO Sungai Air Tawar Selangor Mati Mengejut

1. Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di ruang rehat kediamannya di Jalan Haji Jabar, Sungai Air Tawar, pagi tadi.

2.  Kematian Kamarol Zaki disedari Pembantu Khasnya, Saufaat Salimin dan Setiausaha Akhbarnya, Mohamad Fariq Roslan, 28, kira-kira jam 8.30 pagi.

3.  Kamarol Zaki sepatutnya dijadualkan menghadiri Program Sedetik Bersamamu di Kampung Sungai Pulai dan Kampung Sekendi jam 8 pagi tadi. Bagaimanapun, Kamarol Zaki tidak hadir di majlis itu, selain gagal dihubungi.

4. Kamarol Zaki berada bersendirian di kediamannya itu. Dua pegawainya yang ke kediamannya terpaksa mengumpil pintu belakang rumah sebelum menemui Kamarol Zaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

5.  Jenazah mangsa menunggu pihak polis untuk dibawa Ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

6.  Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan polis.


7. Tamingsari ucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

(Video) Ucapan Dua Bekas Orang UMNO Di Majlis Perasmian PPBM







1. Ikutilah ucapan dua pemimpin terbuang dari UMNO ini dan persoalan mengapa PPBM terpaksa ditubuhkan.

2. Moga hati-hati yang bersih dan tidak diselaputi dedak akan membuka mata bagi menegakkan kebenaran yang tetap benar.

3. Kita boleh memilih untuk berdiam diri dan hidup seperti biasa tanpa bersusah payah namun kita telah nekad untuk memilih untuk berjuang bagi menyelamatkan Malaysia.

Wallahhu'alam

 Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 16 Januari 2017

Can The Bersatu accomplishing Their Manifesto If the Opposition Form Government After Election 14?


1. Class leaders bandits will not be able to produce the best manifesto as Tun Mahathir did this. Even the bandits only thinking of how to sell state assets to loans made by it can be paid.

2. Obviously if the debt can not be paid out of pocket money was taken. This is the manifesto of PPBM Party if the alliance wins as a symbol of hope under the Barisan Rakyat.

  • The GST will be removed gradually and replaced with sales tax (sales tax) according to the tastes of the people. 104. The value of the currency will be protected without the sale of US dollars in reserves (reserve) countries. 1
  • Will we create a more efficient way to recovery value of the currency so as not to suppress the people, especially those who have children studying abroad. 
  • We will be going all-out questionnaire 1MDB monies were diverted. New debt for wasteful project we identified and we will review the terms of our ability to owe. We will pursue all of 1MDB's money and that the Government has dissipated, which we know is in the hands of certain people. 
  • Interpretation of FDI, Foreign Direct Investment (foreign direct pelaburang) will be returned to investment in industries producing goods for domestic and export markets. 
  • The purchase of the land mass of the foreigners with the aim of putting people will be examined in terms of their impact on the political future of the country. 
  • The abuse of power by a Government department or agency will be investigated and the aggrieved party will be restored to the fair. 
  • Poverty in the country will be reduced through the creation of employment opportunities and skills training; through the recovery of the Ringgit and the reduction of the cost of living. 
  • The poverty because of one reason or another will be assisted with enough money for life were considered in line with a country that cares. 
  • Generally Malaysia will hold a policy free from any ties with the blocs in the world. 
  • Emphasis will be given to any injustice committed by any party in the world. Any seizure of territory by any party will be opposed by Malaysia. 
  • Trust in the government that will replace the BN under Najib have sufficient expertise in the field of administrative, political, economic, and financial well-being of the community to implement the national recovery program in the things listed above. The government will respect the administrative system of the country by splitting power between the legislature (making laws and policies), executive (executive decision-making laws and policies the government) and the judiciary. 
  • The Government (Prime Minister chosen by the legislature) can not control the executive or the judiciary. 
  • The Prime Minister also must be approved by Cabinet before being submitted to Parliament for the policies approved by the majority of the members of the Board, 
  • The depreciation of the Ringgit will be recovered through administrative and financial management of the country responsibly (prudent) in accordance with the rules and regulations. All expenses will be carefully planned Government budget through legal submitted to Parliament. 
  • The National Audit Office shall be exempt from the Prime Minister and the report submitted to Parliament, Government and the public. The audit report does not need to be submitted to the Attorney General. Audit reports will not be placed under the OSA. 
  • Participation of over a hundred thousand people in Bersih demonstration clearly showed how they think the present Government is dirty, unprincipled, not clean. 
  • The Government wants clean. We, the Indigenous People's Party Bersatu Malaysia also agree with the perceptions of many NGOs and people, and many of us have already joined the protest Net. 
  • Our party together with the opposition parties to be the body of the coalition government will try to establish a clean, especially in the management of elections in our beloved country. All the necessary reforms will take place. 
  • We will determine monetary bribes or other items will not be given to voters at any stage to get support in the elections. 
  • If found BR1M important then the money will be distributed by government officials. BR1M not be included in any manifesto of any party. 
  • If approved by the people BR1M aid will be determined by statutory law and common budget. The Prime Minister can not define this administration or the amount, or the manner of service. 
  • Indeed, the poor and the needy will be given assistance so that they can live perfectly. The question of whether or not they support the opposition coalition will not be included in the assistance to be given. 
  • We vowed to hold fast by the trust to save the country, and hold on to the country's constitution to safeguard the rights and position of the Malays and other indigenous people without depriving other races.

3. Any manifesto propagated by any party is pleasant to hear and read. It is like a promise that has not been identified. 

4. However Tamingsari actually still skeptical Bersatu party cooperation with Pakatan Harapan especially the DAP between the dominant party in it. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Zainal Rahim New JPA DG


1. Datuk Seri Zainal Rahim Seman appointed Director General of Public Service, effective today, the General Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

2.  Zainal Rahim, 59, who was previously Director General of Administrative Modernisation and Management Planning (Mampu), replacing Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal which ends on December 31 last.

3.  "He has vast experience in the area of land administration and management, human resource management and career development through its services," Ali said in a statement on the appointment today.

4.  Zainal Rahim, who served over 33 years in public service, having served as Secretary General of the Ministry of Human Resources and the State Secretary of Penang.

5.  Ali also thanked Mohamad Zabidi on contributions and devotion to public service and the country for over 35 years.

6. Tamingsari say congratulations DS Zainal Rahim Seman. We hope to spur public services more efficiently and effectively.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Breaking News : Pesawat Kargo Kyrgyzstan Terhempas Kawasan Perumahan


1. Sebuah pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang utama Kyrgyzstan 

2. Seramai 32 orang maut termasuk empat juruterbang kerana ia terhempas di kawasan penduduk selepas cuba mendarat di dalam kabus tebal, kata pihak berkuasa. 

3.  Majoriti daripada mangsa adalah dari Kampung Dacha-Suu yang mana pesawat itu - penerbangan Turkish Airlines dari Hong Kong ke Istanbul melalui Kyrgyzstan modal Bishkek - terhempas pada kira-kira 07:30 waktu tempatan (0130 GMT), jurucakap negara perkhidmatan kecemasan kementerian. 
4.  Empat juruterbang juga meninggal dunia, kata kementerian kesihatan. 

5.  Kira-kira 15 buah rumah telah rosak akibat kemalangan itu, menurut kementerian perkhidmatan kecemasan, yang berkata bahawa kemalangan itu disebabkan kebakaran yang kini telah setempat. 

6. lapangan terbang Manas di negara ini telah ditutup dan penerbangan dibatalkan sehingga petang di awal, pihak berkuasa lapangan terbang berkata.


7. Takziah buat mereka yang terlibat.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Cadang Motor Kapcai Dihalang Masuk KL : Adnan Mansor

1. Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.

2. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

3.  “Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja.

4.  "Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai. “Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

5.  "Namun pengangkutan awam yang yang mengenakan tambang lebih murah sebenarnya ada dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.


6.  Beliau dalam pada masa sama menyatakan kebanyakan motosikal jenis kapchai ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.

7.  Seperti pengharaman beg plastik dan styrofoam, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam untuk peniaga-peniaga demi untuk mengurangkan beban pengguna.


8. Entahlah, Tamingsari sendiri makin mual dengan sikap dan kebodohan pemimpin kita yang kononnya bijak memikir walhal nampak sangat dangkalnya.

9. Bukankah tindakan seperti ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat kerana kebanyakan warga kota bergantung kepada motorsikal untuk mobiliti kerana jika berkereta, maka akan tersangkutlah di dalam kesesakan lalu lintas yang berjam-jam.

10. Dikatakan pengangkutan awam sudah ada dan jauh lebih murah sebenarnya adalah alasan tidak berpijak dibumi yang nyata kerana di Kuala Lumpur, pengangkutan awam masih berada di kelas ke-dua dan kawasan liputan masih tidak menyeluruh. Jika mahu dibandingkan dengan kos menaiki motorsikal, maka sangat praktikal menaiki motorsikal.

11. Alasan motorsikal kapcai selalu menjadi kenderaan peragut juga satu alasan tiada otak dari seorang menteri kerana jika benar mahu mengurangkan jenayah ragut mengapa motorsikal pula ditahan masuk ke KL? Bukankah ia akan memberi kesan kepada penguna motorsikal kapcai milik rakyat? 

12. Beginilah cara kerajaan sekarang selesaikan masalah. Seperti sebelum ini dimana mereka mahu menarik subsidi minyak masak, mereka telah memberi alasan kononya banyak minyak masak bersubsidi dari Malaysia diseludup ke negara jiran. Walhal sebenarnya mereka yang lemah menguatkuasa sempadan. Sudahnya, rakyat terbeban dengan kenaikan kos makanan serta pertambahan belanja dapur mereka.

13. Wahai kerajaan BN. Berhentilah susahkan rakyat. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Jumaat, 13 Januari 2017

Kenali Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem

1. Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem (27 Januari 1944 - 11 Januari 2017) ialah seorang ahli politik Melayu di Sarawak. 

2. Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Adenan merupakan seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam kabinet negeri pada masa itu. 

3. Beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dalan kabinet terakhir Ketua Menteri keempat Abdul Taib Mahmud. Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.

3. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Januari 2017 di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. 

4.  Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. 

5. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. 

6. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. 

7. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak. 

8. Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. 

9. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri. 

10.  Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. 

11. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. 

12. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. 

13. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. 

14. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136. Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. 

15. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas-desus yang beliau akan mengundurkan diri daripada arena politik. Dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2006, 

16. Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang dengan majoriti 4,136 undi. Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan memperoleh undi sebanyak 409 (hilang deposit) dan Larry Dominic Linang (Bebas) memperoleh undi sebanyak 357 (hilang deposit). 

17.  Allahyarham mengadu keletihan melampau dan kesukaran untuk bernafas sebelum dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan. 

18. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.24 petang, 11 Januari 2017 di Pusat Jantung HUS akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

19. Tamingsari mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan seluruh warga Sarawak atas pemergian arwah yang disifatkan sebagai pejuang kepada rakyat Sarawak. Moga segala jasa yang ditabur beliau dibalas Allah dengan kebaikan buatnya.
Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif